MENGENAI BLOG INI

Blog ini direka untuk memudahkan orang ramai terutama yang meminati bidang masakan dan minuman untuk mempelajari resipi dan teknik untuk membuat sesuatu resipi tersebut. Semua karya adalah resipi saya sendiri (tidak ada copy dari mana-mana site). Jika ada persamaan ia mungkin satu kebetulan, sama-sama lah kita berkongsi ilmu dan idea untuk mengembangkan lagi skill kita didapur.

Ikhlas dari Apit Jijo

MOKTAIL

Baca Selanjutnya >>
Kita seringkali dengar akan perkataan ini dimana kita sering disalah erti tentang makna dan pemahaman keatasnya. Moktail adalah sejenis kumpulan minuman yang dicampur baur dengan pelbagai jenis jus/minuman/rempah/daun/biji/kayu untuk dijadikan satu minuman yang lazat. Anda mungkin juga pernah terdengar perkataan Koktail/Cocktail (dalam bahasa inggerisnya). Perbezaan Koktail dan Moktail adalah dari segi kandungan ALKOHOL yang berada didalam minuman tersebut, dimana KOKTAIL mempunyai ALKOHOL manakala MOKTAIL tidak mempunyai ALKOHOL.

Dalam istilah yang digunakan Hotel-hotel, sesuatu minuman itu dibezakan dengan perkataan 'VIRGIN' ataupun terus kepada nama minuman tersebut. Maksud perkataan VIRGIN membawa erti minuman tersebut bebas dari segala alkohol dimana ia merupakan sensitiviti umat islam seluruh dunia, jadi dengan pembezaan ini, tiada masalah untuk umat islam merasa dan mencuba sendiri kelazatan minuman ini.

Tidak salah dan berdosa jika kita tahu apa yang kita minum atau makan jika ianya datang dari sumber yang betul. Ramai yang telah salah anggap mengenai minuman ini, bagi saya anda sangat rugi kerana tidak mencubanya sendiri, cuma dibuangkan alkohol, ia tetap jadi minuman dengan nama asalnya. Cuma mungkin bagi orang-orang barat atau yang sudah biasa meminum dengan ada kandungan Alkohol, mereka akan berkata 'tidak kaw' atau berbeza dari konsep asal minuman tersebut. Bagi saya semua alkohol itu rasanya sama ( walaupun saya tidak pernah merasainya), kita boleh juga menggantikan dengan air sparkling/jus epal sparkling/ jus anggur bagi menggantikan alkohol tersebut.

Segala resipi Moktail yang ada didalam blog ini dijamin halal dan tidak memudaratkan kita umat islam insyaallah. Selamat mencuba.

P/s: Penulis bangga bila memberitahu baru lepas perkene 'VIRGIN MOJITO' dan 'VIRGIN MARGARITA'...cehhhwahhh, kelassss kau jahhhhhh
Baca Selanjutnya >>