MENGENAI BLOG INI

Blog ini direka untuk memudahkan orang ramai terutama yang meminati bidang masakan dan minuman untuk mempelajari resipi dan teknik untuk membuat sesuatu resipi tersebut. Semua karya adalah resipi saya sendiri (tidak ada copy dari mana-mana site). Jika ada persamaan ia mungkin satu kebetulan, sama-sama lah kita berkongsi ilmu dan idea untuk mengembangkan lagi skill kita didapur.

Ikhlas dari Apit Jijo

Asam Pedas Ikan Mayong

Monday, August 22, 2011

Bahan-bahan


  • Ikan mayong
  • Cili kering (Secukupnya)
  • Bawang Merah dan Bawang Putih - 5/5
  • Belacan (Ibu Jari) - Digoreng sedikit
  • Halia - Secukupnya
  • Bendi - Potong pangkal
  • Belimbing Buluh
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan - Dihiris
  • Air Asam Jawa - Secukupnya
  • Minyak Masak
  • Garam dan Perasa MSG (jika suka)
Cara Membuat:
  • Siang ikan mayong mengikut potongan kesukaan anda sama ada besar atau kecil.
  • Kisarkan (jika tumbuk lagi kaw) bebawang, halia, belacan dan cili kering sehingga lumat.
  • Masukkan minyak masak didalam periuk, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak (cili kisar).
  • Masukkan potongan ikan mayong dan air asam jawa secukupnya. Biarkan seketika.
  • Masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi dan buah belimbing buluh (dipotong serong nipis) kedalam masakan tadi dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Tips: Banyakkan cili kering untuk jadikan kuah pekat, masak dengan api sederhana dan jangan terlalu lama kerana ikan akan mudah hancur.

0 comments:

Post a Comment