MENGENAI BLOG INI

Blog ini direka untuk memudahkan orang ramai terutama yang meminati bidang masakan dan minuman untuk mempelajari resipi dan teknik untuk membuat sesuatu resipi tersebut. Semua karya adalah resipi saya sendiri (tidak ada copy dari mana-mana site). Jika ada persamaan ia mungkin satu kebetulan, sama-sama lah kita berkongsi ilmu dan idea untuk mengembangkan lagi skill kita didapur.

Ikhlas dari Apit Jijo

Tornado Twist

Tuesday, August 23, 2011 0 comments

Bahan-bahan:

  • Cranberry - Raspberry Jus
  • Sparkling Lemon/limau
  • Soda
  • Ais Kiub
Campurkan semua bahagian, dan goncangkan didalam shaker. Hidangkan didalam gelas ;)

Baca Selanjutnya >>

Pina Colada

0 comments

Gabungan Jus nenas dan Jus kelapa (concentrate)


Bahan-bahan:

  • Jus Nenas
  • Sirap Kelapa - Concentrate (monin)
  • Gula perang - sedikit sahaja
  • Ais Hancur
Cara Membuatnya:
  • Masukkan gula perang yang sedikit dalam gelas (highball)
  • masukkan ais hancur
  • Masukkan Jus nenas dan Concentrate Kelapa
  • Seeloknya goncangkan (shake) dahulu didalam Shaker Jar - Guna ais kiub
  • Hidangkan dalam gelas dan hiaskan dengan potongan Nenas
  • Nikmati ketika bersantai
Baca Selanjutnya >>

Ayam Masak Merah

0 comments

Bahan-bahan:

  • Satu ekor ayam - Potong 16
  • Cili Kering - 10 biji
  • Bawang Merah, Putih, Halia, Lengkuas (agak-agak sahaje)
  • Buah Keras - 2 biji
  • Sos cili/tomato - 2-2 sudu besar
  • Serai
  • Tomato - 2 biji
  • Jintan Manis, Putih
  • Garam, Gula, MSG (jika suka)
  • Air asam jawa
  • Minyak masak
Cara-cara:
  • Cuci ayam sehingga bersih, pastikan tiada bulu-bulu roma yang tertinggal
  • Kisarkan bebawang, halia, buah keras, cili kering, jintan manis dan putih.
  • Panaskan minyak, gorengkan ayam dahulu (dilumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
  • Angkat dan toskan
  • Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan naik bau dan pecah minyak
  • Masukkan Sos cili, sos tomato, kacaukan sehingga sebati dan masak.
  • Masukkan serai yang dititik. Apabila sudah agak kering, masukkan air asam jawa secukupnya.
  • Masukkan ayam goreng dan kacaukan sehingga kuah menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan tomato yang dipotong empat.
  • Hiaskan dengan daun pudina/daun sup/daun bawang(dipotong gelang)
Baca Selanjutnya >>

Mojito

0 comments



Bahan-bahan:


  • Daun Pudina - 7-8 helai
  • Gula Perang - 2 Sudu Teh
  • Ais Hancur secukupnya
  • Jus Limau
  • Soda/Sprite/7 up
Cara-cara:
  • Hancurkan ais sehancurnya dan gilingkan daun pudina sehingga tidak terlalu hancur.
  • Masukkan gula perang dan daun pudina kedalam gelas (tidak terlalu besar)
  • Masukkan ais hancur, dan jus limau.
  • Tambahkan dengan soda/sprite/7 up 
  • Hiaskan dengan daun pudina atau 'Sugar Stick'
Baca Selanjutnya >>

Asam Pedas Ikan Mayong

Monday, August 22, 2011 0 comments

Bahan-bahan


  • Ikan mayong
  • Cili kering (Secukupnya)
  • Bawang Merah dan Bawang Putih - 5/5
  • Belacan (Ibu Jari) - Digoreng sedikit
  • Halia - Secukupnya
  • Bendi - Potong pangkal
  • Belimbing Buluh
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan - Dihiris
  • Air Asam Jawa - Secukupnya
  • Minyak Masak
  • Garam dan Perasa MSG (jika suka)
Cara Membuat:
  • Siang ikan mayong mengikut potongan kesukaan anda sama ada besar atau kecil.
  • Kisarkan (jika tumbuk lagi kaw) bebawang, halia, belacan dan cili kering sehingga lumat.
  • Masukkan minyak masak didalam periuk, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak (cili kisar).
  • Masukkan potongan ikan mayong dan air asam jawa secukupnya. Biarkan seketika.
  • Masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi dan buah belimbing buluh (dipotong serong nipis) kedalam masakan tadi dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Tips: Banyakkan cili kering untuk jadikan kuah pekat, masak dengan api sederhana dan jangan terlalu lama kerana ikan akan mudah hancur.
Baca Selanjutnya >>

Rendang Tok

Wednesday, August 17, 2011 0 comments


Bahan-bahan 
  
  • 1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul 
  • 3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik. 
  • 3 sm halia 
  • 2 sm lengkuas - dikisar hingga halus. 
  • 3 batang serai dimesin 
  • 10 biji cili kering  300 gm bawang merah
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 2 sm kulit kayu manis 
  • 10 gm jintan putih -digoreng tampa minyak. 
  • 5 gm jintan manis -ditumbuk hingga halus
  • Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan. 
  • Sekeping gula melaka kecil. 
  • Garam secukup rasa. 

 

Cara Menyediakan: 
  • Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
  • Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil bersama daging. Biarkan mendidih. 
  • Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering. 
  • Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. 
  • Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salad dan cabai masak.

Baca Selanjutnya >>

Nasi Ambeng

0 comments



Senarai lauk yang mesti ada dalam hidangan Nasi Ambeng:

  • ·         Nasi Putih
  • ·         Serunding kelapa
  • ·         Ikan Masin/Kering Bulu Ayam (Kecil2 digoreng rangup)
  • ·         Mee Goreng Jawa
  • ·         Ayam Masak Kicap/ Rendang Ayam
  • ·         Pecal
  • ·         Sambal Tempe


Serunding Kelapa


  • 5 sb udang kering *
  • 2 biji bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 2sb ketumbar kisar *
  • 2 sb jintan manis kisar *
  • 500 gram kelapa ( saya pakai kelapa kering )
  • 2 serai (titik)
  • sebesar ibu jari lengkuas (titik )
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 1/2 cawan air asam jawa


Cara-cara
  1. kisarkan bahan bertanda *
  2. tumis bahan2 bertanda *,ketumbar dan jintan yg telah dikisar
  3. masukkan juga serai dan lengkuas yg telah dititik (ditumbuk)..
  4. tumis sehingga naik wangi
  5. masukkan air asam jawa
  6. kemudian masukkan garam dan gula secukupnya
  7. akhir sekali masukkan kelapa dan goreng sehingga kering.



Mee Goreng Jawa
·         Mee Kuning
·         Cili Giling
·         Kicap
·         Bawang merah
·         Bawang putih
·         Halia
·         Udang kering
·         Daging/Ayam Kiub
·         Bebola/Kek Ikan
·         Sawi
·         Taugeh

Cara-Cara:
1.      Kisarkan bahan Cili Kering, bawang-bawang, halia, dan udang kering. Kalau mahu keaslian Jawa pada masakan mee anda, seeloknya bahan tadi DITUMBUK mengguna lesung.
2.      Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga ‘Masak’. Masukkan SEDIKIT garam dan gula secukup rasa.
3.      Masukkan mee daging-daging, bebola/kek ikan dan masak sehingga cukup.
4.      Masukkan mee kuning dan kacau/gaulkan didalam kuali. Masukkan kicap manis atau masin. Jangan sampai mee anda kelihatan terlalu HITAM.
5.      Akhir sekali letakkan sawi dan taugeh. Gaulkan mee diatas api yang sederhana kecil sehingga KERING. Ia akan kelihatan seakan-akan mee goreng Mamak.
6.      Sedia dihidang.








Ayam Masak Kicap

·         Daging Ayam
·         Bawang merah
·         Bawang putih
·         Halia
·         Serai
·         Cili giling/kering
·         Sedikit Lada Hitam Kisar
·         Lada Besar (hiasan)
·         Bawang Kuning (hiasan)

Cara-cara:
1.      Gorengkan ayam terlebih dahulu sehingga agak kering(tidak terlalu kering). Angkat dan tos kan.
2.      Kisar bawang merah, bawang putih, cili giling, halia dan lada hitam. Tumiskan hingga garing. Kemudian masukkan serai yang dititik. Kacau lagi sehingga agak kering.
3.      Masukkan kicap manis/masin dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukan ayam yang sudah di tos kan tadi.
4.      Masukkan gegelang bawang kuning dan belahan tengah lada besar dalam masakan. Kacau lagi sehingga masak.
5.      Sedia dihidang.











Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit hidup
4 batang serai
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambahlah lagi)
gula
garam
Gula melaka
3 sudu besar kerisik
daun limau purut/daun kunyit
1 biji kelapa (1 cawan santan pekat)

Cara-cara:
1.      Potong dan bersihkan ayam. Seeloknya ayam tu dibersihkan dengan tepung gandum sikit, bagi hilang hanyirnya.
2.      Blend bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit.
3.      Blend cili kering.
4.      Sediakan kuali, masukkan bahan blender tadi dan kacau sampai agak-agak kering. Masukkan gula Melaka.
5.      Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan santan pulak. Kacau perlahan-lahan.
6.      Biar sampai kering sikit, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Bila dah agak kering masukkan daun limau purut atau daun kunyit. 
Baca Selanjutnya >>